Perundangan Syariah – Cari Keredhaan Allah dan Beri Kebaikan Kepada Manusia.
Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang tidak suka berusaha dan tewas dalam mencari kebenaran. Ia seolah-olah kaedah yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi atau tyrant . Usaha menghimpun kuasa iaitu apa jenis jua pun sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu, kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, akhirnya semua krisis itu diselesaikan melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama itu dihadapi melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat. Benarkah begitu caranya? Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, Usah kita terikat dengan penghormatan tersebut hingga malu menegur golongan seperti mereka dalam kapasiti sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi daripada segi politik, mereka juga ada kelemahan. Pandangan politik mereka tidak semestinya baik dan teliti. Mereka...