Posts

Showing posts from 2017

Patutkah Kita Menyepi Diri Kalau Bahagian Harta Pusaka Tak Berbaloi?

Abdul Razak (bukan nama sebenar) meluncur laju memandu kenderaannya meredah keheningan pagi. Bersebelahan dengannya adalah Hashimah (bukan nama sebenar), isteri yang tersayang yang menemani beliau sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke sebuah negeri di Utara. Tujuan perjalanan mereka adalah untuk menerima jemputan Pejabat Pesaka Kecil dalam menyelesaikan harta pusaka pakcik beliau iaitu Pak Saad yang telah lama tidak diurus dan baru hanya kali ini sejak 12 tahun yang lalu urusan harta pusaka itu dapat diselesaikan. Hubungan Beliau dan Pak Saad seperti hubungan ayah dan anak. Sepanjang hubungan, mereka berdua begitu mesra sekali dan Pak Saad banyak membantu Abdul Razak dalam memajukan perniagaannya. Kehilangan Pak Saad begitu terasa buat Abdul Razak. Dia antara pakcik saudara yang selalu memberikan sokongan dan semangat ketika diperlukan. Inilah kali kedua beliau turun ke utara atas urusan peribadi. Sebelum ini beliau ke sana atas urusan graduasi anak perempuannya di sebuah ...

Perundangan Syariah – Cari Keredhaan Allah dan Beri Kebaikan Kepada Manusia.

Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang tidak suka berusaha dan tewas dalam mencari kebenaran. Ia seolah-olah kaedah yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi atau tyrant . Usaha menghimpun kuasa iaitu apa jenis jua pun sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu, kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, akhirnya semua krisis itu diselesaikan melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama itu dihadapi melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat. Benarkah begitu caranya? Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, Usah kita terikat dengan penghormatan tersebut hingga malu menegur golongan seperti mereka dalam kapasiti sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi daripada segi politik, mereka juga ada kelemahan. Pandangan politik mereka tidak semestinya baik dan teliti. Mereka...