Perundangan Syariah – Cari Keredhaan Allah dan Beri Kebaikan Kepada Manusia.
Meminta lebih kuasa dan hak untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ialah kaedah orang tidak suka berusaha dan tewas dalam mencari kebenaran. Ia seolah-olah kaedah yang cenderung kepada pemerintahan kuku besi atau tyrant. Usaha menghimpun kuasa iaitu apa jenis jua pun sedang meningkat hari ini. Kita menghadapi krisis ekonomi Melayu, kita berdepan dengan krisis moral dan kelunturan akhlak, akhirnya semua krisis itu diselesaikan melalui perluasan kuasa kerajaan. Krisis akhlak dan kehakisan pedoman agama itu dihadapi melalui pemerkasaan mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat. Benarkah begitu caranya?
Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh agamawan, perlu kita sebut disini, Usah kita terikat dengan penghormatan tersebut hingga malu menegur golongan seperti mereka dalam kapasiti sebagai ahli politik. Mereka handal dalam bidang ilmu mereka, tapi daripada segi politik, mereka juga ada kelemahan.

Pandangan politik mereka tidak semestinya baik dan teliti. Mereka manusia terdedah kepada kelemahan. Sebagai seorang ulama yang berpolitik, mereka tidak mempunyai kelebihan apa-apa pun malah pada satu keadaan mereka sebagai mangsa manipulasi politik oleh sesetengah pihak / parti.
Pemerkasaan syariah dilihat oleh pihak tersebut sebagai satu-satunya jalan keluar yang tiada pilihan, tetapi isu yang timbul sebenarnya ialah kelolaan dan mengurus kapasiti sedia ada yang telah gagal dilaksanakan.

Kita lihat ada beribu kes syariah dimana wanita dicerai teraniaya kerana kes lama belum diselesaikan. Kes tukar agama, kes penculikan simati untuk ditanam semula dan pelbagai lagi. Ironinya, dalam kualiti hakim, pendakwa raya, pegawai penyiasat masih belum diuruskan, malah kesalahan masih belum dijatuhkan dengan hukuman sedia ada tetapi kumpulan ini mula mendambakan kuasa yang lebih dan hukuman yang lebih berat.
Mereka sering menunding dan menyalahkan punca masalah ialah kekurangan kuasa dan hukuman yang ringan dikenakan kepada pesalah namun isu sebaliknya ialah kelemahan pelaksanaan. Proses pendakwaan yang lemah dan tidak cekap namun sebahagian ahli politik datang kepada kita, mahukan sokongan kita untuk dapatkan kuasa lebih besar dan luas untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat.
Kita seharusnya tidak berikan apa yang mereka mahu tanpa terlebih dahulu mereka melayakkan diri untuk mendapat kuasa tersebut. Tunjuk kepada dahulu kepada rakyat kebolehan dan kecekapan pentadbiran, kecekapan dalam penguatkuasaan dan kecekapan dalam mengurus pendakwaan dan kemantapan dalam prosedur kerja maka barulah boleh dipertimbangkan untuk undang-undang yang lebih keras.
Kehakiman Islam di negara ini gagal membuktikan dengan kuasa yang lebih dan hukuman yang berat, mereka berjaya membaiki kejahatan orang Muslim. Dalam tahun 1965, kita ada penjara 6 bulan dan denda RM1000. Mereka cakap ini tidak mencukupi; maka bermula 1985, sistem 3-5-6, Penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebat 6 kali. Hukuman ini lebih berat dari apa yang ada pada tahun 1965.
Adakah perubahan hukuman itu (lebih berat dan kuasa yang meluas) berjaya mengubati ‘penyakit’ jahat kaum Muslim dan ia semakin berkurangan? Rasanya tiada berkurangan namun semakin bertambah.. Isunya cara kita mengubati adalah salah. Mereka ini berjuang atas perkara yang tidak tepat dan meninggalkan perkara yang tepat ke arah perubahan itu.

Sekadar pandangan peribadi penulis dalam hal sosiopolitik Malaysia.
Wallahualam
Comments
Post a Comment